Pada bulan Januari yang lepas, saya dan keluarga besar saya dengan izinNya telah diberikan peluang untuk menunaikan Umrah. Perjalanan kami bermula ke Madinah dan di sana saya sangat seronok dan bersyukur kerana telah dapat peluang untuk beribadah di Masjid Nabawi dan melawat makam Rasullullah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda. Cuaca di Madinah sangat sejuk dan kami terpaksa membeli sarung tangan kerana angin yang sangat kuat dan dingin.
Banyak tempat menarik yang kami melawat di Madinah seperti Kebun Kurma, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh Khandak dan Jabal Uhud. Di kebun kurma kami sangat seronok kerana dapat merasa banyak jenis kurma dan coklat secara percuma.
Kemudian tiba hari kami bertolak ke Mekah untuk menunaikan Umrah, hati saya sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan Madinah. Perjalanan kami adalah selama 5 jam sebelum sampai ke kota Mekah pada pukul 12 malam. Alhamdulillah syukur kami dapat selesaikan Umrah pertama kami pada jam 330 pagi. Saya berasa sangat terharu dan kagum melihat Kaabah buat pertama kali.
Pada hari Jumaat terakhir kami di kota Mekah, kami telah pergi melawat kubur arwah datuk saya yang meninggal pada musim haji tahun dulu. Saya sangat sediah melihat nenek saya yang rindukan datuk saya dan kami redha dengan pemergian arwah datuk. Saya adalah cucu pertama dan sangat rapat dengan datuk saya tapi saya tahu dia bahagia di sana.
Saya pasangkan azam untuk membawa ibu dan ayah saya untuk menunaikan Umrah atau Haji apabila saya sudah berkerja nanti.
Thursday, 6 February 2020
Wednesday, 5 February 2020
MARI BERSUKAN
Nama jurulati kami ialah Rini kami memangilnya coach Rini.
Dia adalah jurulatih yang terbaik bagi kami dan ini adalah gambar sewaktu jamuan bola jaring di sekolah. Hampir semua orang ada tetapi ada juga yang tak dapat datang.
Namun pada tahun saya tidak lagi menyertai pasukan bola jaring untuk sementara waktu kerana ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran saya. Harapan saya adalah pasukan bola jaring SKPP akan menjadi juara pada suatu hari nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)




