Aku dan guitar
Pada 2 tahun yang lalu saya telah menyertai kelas muzik di sekolah saya iaitu kelas guitar. Pada kelas yang pertama saya belajar banyak kod,contohnya kod,a,d,c,e,g, dan sebagainya. Seterusnya saya bertanding dan membuat konsert di banyak tempat contohnya di Johor, AEON Bukit Raja, SK BJ, dan lain-lain. Alhamdullillah sewaktu kami bertanding kami telah mendapat anugerah dan itu adalah pencapaian terbaik saya setakat ini
Ini persembahan kali terakhir untuk tahun lepas. Selepas cuti sekolah kelas muzik telah bermula.Tidak ramai ahli pada tahun ini kerana tahun 6 ramai yang tiada. Inshallah ramai yang akan masuk kelas muzik ini nanti. Azam saya untuk kelas muzik pada tahun ini ialah jadi murid yang terbaik dan mendapat emas untuk pertandingan nanti. Sekian terima kasih.
